






Majlis Perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Bagi Pembinaan Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong .. 14 September 2009
Sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini, marilah sama sama kita berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong ini.
Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Sumbangan Wakaf / DermaTapak Masjid Al Hussain Bandar Baru Tunjong, Perbadanan Menteri Besar Kelantan,Tingkat 6, Bangunan PMBK,15050 Kota Bharu Kelantan. Di talian 09-7474082 samb. 121/114 (waktu pejabat sahaja) En. Fatah/ Cik Izziani/ Puan Nor Inayati
Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh juga menyaluran derma terus ke akaun Bank Muamalat A/C No : 0301-0004812-71-7 atas nama Tabung Tapak Masjid Al-Hussain
………………………………………………………………………………………………………….
Sedikit Info..
- Masjid ini akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar di Bandar Baru Tunjong.
- Terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.
- Pembinaannya Masjid ini menelan belanja hampir RM 8 juta.
- Mendapat sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara RM 7 juta.
- Rekabentuk masjid ini menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid.
- Pembinaan masjid ini akan mengambil masa selama 34 bulan dan apabila siap nanti masjid ini boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

