Serambi net.

September 17, 2009

Pelancaran Qiadah Mendapat Kerjasama Dari Air Asia

Filed under: Kelantan — Serambi Network @ 1:29 am

qiadah air asia

qiadah8

qiadah9

qiadah7

qiadah

qiadah2

qiadah1

qiadah3

qiadah4

qiadah5

qiadah6

Air Asia Turut Sama Memperkenalkan Qiadah kepada penumpang-penumpangnya dan pelancong-pelancong luar yang datang ke Kelantan…

.
Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan dari pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dalam memperkenalkan dan mempromosikan Kelantan kepada umum diteruskan lagi pada hari ini dengan menyebarkan Majalah  Qiadah kepada  pelancong- pelancong yang datang ke Kelantan.Pelancaran dan promosi Qiadah kepada Pelancong-pelancong dan penumpang Air Asia pada hari hari ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak pengurusan Air Asia cawangan kota Bharu..

Bertempat di lapangan Terbang Sultan Yanya Petra Pengkalan Chepa pada hari ini Qiadah mencatat sejaranya yang tersendiri apabila buat julung kalinya dapat diedarkan dan diperkenalkan kepada penumpang-penumpang Air Asia khususnya kepada pelancong-pelancong dari luar negara yang datang melancong ke Kelantan.

Pelancaran dan pembahagian Qiadah kepada penumpang – penumpang Air Asia dan Pelancong -pelancong luar negara di pintu masuk  serambi mekah pada hari ini diKetuai sendiri oleh  Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman dan beberapa orang kakitangan PMBK yang lain.Program yang bermula dari pukul 2 petang dan berakhir sehingga pukul 4 petang itu berjaya mengedarkan hampir seribu naskah Qiadah.

Menurut Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman beliau amat berpuas hati dan menganggap pelancaran Qiadah kepada pelancong-pelancong pada hari ini amat berjaya dan mencapai sasarannya. harapanya agar maklumat-maklumat terkini tentang kelantan dari pelbagai aspek dan sudut dapat disampaikan kepada pelancong-pelancong dan pembaca-pembaca khususnya yang berada di luar kelantan. Beliau berkata,segala isu,maklumat penting berhubung Negeri kelantan dapat disampaikan dan segala kekeliruan akan terjawab apabila membaca Qiadah …

September 15, 2009

Masjid Hussain… Mercu Tanda Bandar Baru Tunjong

Filed under: tok guru — Serambi Network @ 9:53 am

mh2

tgna39

tgna38

tgna40

tgna41

tgna42

tgna38

Majlis Perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Bagi Pembinaan  Masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong .. 14 September 2009

Sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini, marilah sama sama kita berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid Hussain di Bandar Baru Tunjong ini.

Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Sumbangan Wakaf / DermaTapak Masjid Al  Hussain Bandar Baru Tunjong, Perbadanan Menteri Besar Kelantan,Tingkat 6, Bangunan PMBK,15050 Kota Bharu Kelantan. Di talian 09-7474082 samb. 121/114 (waktu pejabat sahaja) En. Fatah/ Cik Izziani/ Puan Nor Inayati

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh juga menyaluran derma terus ke akaun Bank Muamalat  A/C No : 0301-0004812-71-7 atas nama Tabung Tapak Masjid Al-Hussain

………………………………………………………………………………………………………….

Sedikit Info..

- Masjid ini akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar di Bandar Baru Tunjong.

- Terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

- Pembinaannya Masjid ini  menelan belanja hampir RM 8 juta.

- Mendapat sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara RM 7 juta.

- Rekabentuk masjid ini menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid.

- Pembinaan masjid ini akan mengambil masa selama 34 bulan dan apabila siap nanti masjid ini  boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

mh

September 13, 2009

Ramadhan Karim… Kelantan Membina Generasi Al Quran

Filed under: Kelantan — Serambi Network @ 10:01 am

P1000658

Dinsman telah menulis….

” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”

Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”

Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman

…………………………………………

Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang di jalan-jalan utama di seluruh Negeri Kelantan…

Billboard yang dipasang  oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA
Billboard yang dipasang oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA

P1000664

PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..
PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini..

September 12, 2009

Perbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan… Golongan miskin diutamakan

Filed under: tok guru — Serambi Network @ 11:31 am
Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh TGNA sempena sambutan Majlis Perlancaran Ihya Ramadhan Dan Sumbangan Ramadhan pada 23 Ogos 2009 di Masjid Darul Naim Kota Bharu

Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh TGNA sempena sambutan Majlis Perlancaran Ihya Ramadhan Dan Sumbangan Ramadhan pada 23 Ogos 2009 di Masjid Darul Naim Kota Bharu.

TGNA serta timbalannya dan Dato SUK

Timbalan MB serta dan Dato SUK turut sama dalam majlis tersebut

tgna13

tgna14

Menghidupkan bulan Ramadhan dengan perbanyakkan bersedekah kepada golongan fakir miskin…

Golongan fakir miskin di seluruh kelantan diraikan dalam majlis sumbangan duit raya

(lagi…)

September 11, 2009

TGNA, tetamu dan wartawan

Filed under: tok guru — Serambi Network @ 1:33 pm

DSC_0045

DSC_0042

Perbincangan terbuka dengan tetamu dan para wartawan sudah menjadi kelaziman harian dalam pentadbiran tok guru…

September 9, 2009

Serambi Network.. The First Post

Filed under: tok guru — Serambi Network @ 12:49 pm

sn5

sn7

Bulan Ramdhan adalah Bulan terbaik untuk kita menambahkan ilmu dan amal -  TGNA

Theme: Rubric. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.